Ahad, 30 Mei 2021

Sedar



Aku sedar
aku sering cipta alasan
tanpa mencari penyelesaian
alasan itu aku jadikan penghalang
penghalang untuk aku gapai yang cemerlang

Sehingga aku leka
Tenggelam dengan alasan yg aku reka
Membuatkan aku sendiri tertekan
Tanpa usaha sendiri mencari solusi
Mengharapkan pertolongan semata

Allahu
Apa yang telah aku buat?
Aku kecewa
Aku benci
Kenapa aku sebegini?
Kesedaran mulai terbit
Tatkala diri membaca Arkitek Jalanan

Terasa hina
Terasa buruknya aku
Terasa sia-sia
Aku lupa akan anugerah Allah
Aku lupa kelebihan yang aku ada
Sehingga aku mengharapkan pertolongan lain
Aku manusia yang tidak bersyukur....

Harapan yang ingin aku laksanakan
Diri aku sedar akan hakikat diri
Teruskan usaha
Usaha yang datang dengan susah sendiri
Tiada lagi harapan bantuan lain selain Tuhan

Bangunlah
Bangkitlah dari lena
Mulakan langkah ke hadapan
Jadikan ini pengajaran
Hentikan alasan
Teruskanlah berjalan walau kepenatan


Sabtu, 31 Oktober 2020

Nasihat

Nasihat umpama peringatan buat diri,
Akan tetapi ramai memaki kerana ego dalam diri,
Kita nasihat bukan lambang diri ini suci,
Hanya disebabkan rasa sayang sebagai saudara di dunia ini.


Sabtu, 10 Oktober 2020

Duka dan Kecewa

Hiburan menjadi pengubat hati,
Tatkala kecewa dan duka menguasai diri,
Sanggup berdusta hingga memakan diri,
Adakah itu ketenangan yang di cari?

Biarlah duka dan kecewa,
Diadukan kepada yang Esa,
Tenang itu mungkin dapat dirasai,
Apabila diri melakukan ibadah kepada-Nya.

Sedar

Aku sedar aku sering cipta alasan tanpa mencari penyelesaian alasan itu aku jadikan penghalang penghalang untuk aku gapai yang cemerlang Seh...